0

METABOLISMA

Posted by am!era on 8:21 PM
Anda dah amalkan cara pemakanan yang paling sihat sekali dalam dunia, tetapi anda tetap rasa banyak bahagian badan yang masih mengelebeh, stamina tak sekuat mana, seluar lama masih lagi ketat terutama sekali pada bahagian perut, peha dan punggung.
Sebenarnya ada satu lagi masalah alam semulajadi yang agak menyedihkan kita. Iaitu kadar metabolisma badan kita akan menurun sebanyak 1 % setahun selepas mencapai umur 30 tahun. Metabolisma ini bermakna, kemampuan badan kita untuk membakar kalori dalam masa 24 jam.
Tetapi, sebenarnya ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan agar kadar metabolisma kita tidak turun dan cara ini juga boleh meningkatkan metabolisma.
Seorang pakar pemakanan ada menyebut bahawa, kadar metabolisma menjadi perlahan bukan hanya disebabkan umur kita. Ia juga berkait rapat dengan genetik, pemakanan dan aktiviti yang kita lakukan seharian.
5 perkara yang kita boleh buat untuk kita :

# mengelakkan kadar metabolisma kita turun #

# meningkatkan metabolisma untuk memastikan kita sentiasa slim!!! #

BINA OTOT
.





Memandangkan lemak dibakar dalam otot, kita nakkan serat otot sebanyak yang mungkin. Senaman angkat berat atau resistant training boleh meningkatkan jisim otot yang mana akan meningkatkan penggunaan kalori oleh badan walaupun semasa anda sedang berehat. Secara terus, tindakan ini akan meningkatkan metabolisma.
Ada satu lagi kebaikannya, apabila lemak sudah kurang dalam badan, darah bergerak dengan lebih baik dan anda akan ada tenaga yang lebih banyak. Lebih banyak tenaga bermakna kita tak perlukan makanan (sumber tenaga) dalam kuantiti yang banyak.
Jadi, jika anda masih belum mengamalkan angkat berat seperti dumbbells, chest press dan sebagainya, eloklah aktiviti senaman kita diselitkan dengan senaman angkat berat ni.



Makan, makan dan makan!

Badan kita perlukan makanan seperti juga sebuah kereta yang sentiasa perlukan minyak petrol atau diesel untuk bergerak. Pemakanan yang konsisten (berjadual), akan menstabilkan paras gula dalam darah dan dalam masa yang sama mengadakan satu keadaan dimana hormone dalam badan kita berada dalam keadaan yang seimbang. Hal ini dapat mengelakkan kita drpd menyimpan lemak, atau mengelakkan kita dari bertambahnya berat badan.

Antara langkah bijak ialah, makan sesuatu dalam masa sejam selepas kita bangun pagi. Maknanya, kalau kita bangun pukul 5.30 pagi, kita kena makan sesuatu sebelum jam 6.30 pagi untuk mulakan proses metabolisma dlm badan kita.
Kemudian kita terus makan dalam portion yang kecil 3 hingga 4 jam berselang sehinggalah hidangan terakhir kita iaitu 1 jam sebelum kita tidur.
Tapi ingat, makan dalam portion yang kecillah ya...




Pastikan terdapat PROTEIN dalam Setiap Hidangan


Protein mempunyai elemen utk meningkatkan kadar metabolisma berbanding lemak atau karbohidrat. Gigit, kunyah, telan dan pencernaan makanan memerlukan tenaga.

Keperluan tenaga ini digelar “thermic effect” dan ia boleh membakar sehingga 30% kalori yang terkandung dalam pinggan yang kita makan. Lebih kompleks makanan yang kita makan, maka lebih tinggi kalori yang akan dibakar apabila makanan ini melalui salur pencernaan kita.
Protein juga mengandungi “leucine” iaitu sejenis asid amino yang mengelakkan kita dari kehilangan jisim otot yang sedia ada terutama sekali apabila kita berdiet.
Strategi yang mudah untuk kita buat ialah seperti potong kecil-kecil tempe, rebus dan simpan dalam peti sejuk, bila lapar je kita makan sikit-sikit. Atau kalau suka, rebus telur ayam, bila lapar kita makan putihnya sahaja.

Bergerak.

Apabila lakukan senaman, pastikan 2-3 kali kita selitkan dengan pergerakan yang ekstrem. Contohnya, kita berjalan pantas selama 30 minit sehari dalam kadar 120 langkah seminit. Tetapi pada satu tahap, kita lari pecut selama 30 saat, kemudian berjalan pantas semula dengan 120 langkah seminit. Kemudian pecut lagi, kemudian berjalan pantas semula kemudian pecut lagi, dan lakukan perkara ini berulang-ulang.
Program seperti ini akan memberikan impak positif pada kadar metabolisma kita dan membuatkan badan kita membakar lemak atau kalori secara berterusan selama berjam-jam walaupun kita dah selesai senaman.






Banyakkan minum AIR

Kajian ada membuktikan bahawa, orang yang minum air sebanyak 8 – 12 cawan air (secawan sekitar 250ml) mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding orang yang hanya minum 4 cawan.
Jika anda nak hilangkan 3kg setahun, cuba minum setengah liter air kosong sebelum sarapan. Di Amerika, ada satu pusat teknologi mengesahkan bahawa, orang yang minum air kosong sebelum sarapan akan makan 75 kalori kurang berbanding orang yang tidak.



0 Comments


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates