0

ICT dalam kejuruteraan

Posted by am!era on 2:31 AM
Dalam era menuju ke status negara maju dan perindustrian, Malaysia dijangka akan terus membangun dengan pesat pada tahun-tahun mendatang. Bidang kejuruteraan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan industri.

Pembangunan ini sudah pasti diikuti dengan keperluan dan penggunaan tenaga profesional dan separa profesional yang mempunyai semangat profesionalisme yang tinggi serta pengetahuan yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan.

Keperluan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Laporan Pelan Induk Perindustrian Negara dan perkembangan teknologi ICT masa kini.Malaysia bertuah kerana memiliki kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunkasi (ICT) yang canggih. Kecanggihan tersebut dimanfaatkan untuk memajukan bioteknologi supaya pembangunan bidang tersebut dapat dipesatkan pada masa akan datang.

Sementara itu, dalam arus pembangunan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang begitu pesat membangun pada masa ini, disamping perubahan halatuju ekonomi ke arah era ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi), ilmu dilihat menjadi suatu kelebihan dan aset yang sangat penting. Selaras dengan perkembangan tersebut, bidang kejuruteraan awam juga tidak dapat lari daripada gelombang ICT dan era K-ekonomi.

0 Comments


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates