2

Salah Anggap???

Posted by am!era on 3:26 PM
Assalamualaikum.... =)

Apa yg salah anggap tu???

Korang semua pernah dgr x mngenai statement ini atau pernah bercerita mengenai hal2 ini????


1) " Aku ni dah memang dri genetik2 'big family', ada harapan ke nak kurus ni ??"


2) " Alaaa...makcik ngan pakcik ni mmg dh tua, mmg mcm2 penyakit yg wajib dtg, darah tggi, kncing mnis, gout, sakit lutut & mcm2 lgi...susah laa.. "


3) " Aku ni dh memang berat tulang laa...gemok air..gemok daging...dan mcm2 gemok lah.."


Okey, berbalik pd statement yg pertama td..kebarangkalian faktor genetik, mempengaruhi tubuh badan seseorg..kalau dah tubuh mak dan ayah dah gemuk, kemungkinan utk anknya turut gemuk adalah tinggi.

Tapi xkan xde solution utk org2 yg gemuk ni??

Sebenarnya, menurut kajian penyelidikan yg dibuat oleh di Amerika Syarikat, membuktikan bahawa, anak2 dri keturunan ibu bapa yg b'tubuh normal mempunyai 10% peluang utk mnjdi gemuk. Peluang itu akn meningkat 40-50% jika slh seorg drpd ibu bapa mengalami mslh berat badan. Peluang itu akn semakin meningkat sehingga 70 - 80 % jika kedua-dua ibu bapa menghidap obesiti...




Tapiiiii....jgn cpt beri anggapan yg salah t'hadap faktor keturunan..Sebenarnya, faktor pemakanan seharian turut mempengaruhi. Kalau dh tiap2 hari asyik makan fast food, mknn yg b'minyak..lama2 lemak tu t'kumpul la kat perut..tersumbat kat usus...kalo pemakanan xdijaga, mak ayah kurus camne pn, anknye tetap akn gemuk..




Katakan laa, ada sorang laki ni dari genetik fat family, tp dia selalu jge pemakanannya setiap hari, sentiasa melakukan senaman, mnum air kosong bnyk2...at least 2 liter sehari....agk2, dia boleh jd gemuk x???
Mesti x kan...bdn dia jd tuff lg ada la...betulll x?? Jadi, xde alasan lg ye, genetik gemuk mnjdkn anda semua jd gemuk....no..no..no..

Menurut NST pada tarikh 29/09/2006, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yg paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan??? Hal ini menyebabkan peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis kpd rakyat Malaysia...

Menurut Utusan Malaysia pula pd tarikh 24/02/2007, menyatakan bhw terdapat 10 Juta rakyat Malaysia mengalami mslh kegemukan b'punca drpd pengambilan mknn segera yg melampau......Tahun ni sudah 2012..5 tahun telah berlalu..adakah jumlah itu semakin meningkat atau semakin menurun...renung-renungkan lah...


Statement yg kedua..

Sudah mnjd kebiasaan rakyat Malaysia, apabila umur menjangkau 40++, mst at least setiap org ada 1 penyakit. Tidak kira la penyakit kencing manis ka, darah tiggi ka, kolestrol tinggi ka...atau apa2 saje penyakit...

Kenapa waktu mereka muda2 dahulu, mereka tidak memikirkan sebab atau akibat pada jgka masa panjang..Sebenarnya, penyakit2 ni, tidak mengenal usia, sama ada kanak2 mahu pun org dewasa..Sekarang ni pun, kita telah mendengar berita2 yg mengatakan ramai kanak2 sekarang menghidap penyakit kencing manis, obesiti..

Kita sbg org Islam, selalu diingatkn utk menjaga solat, membaca Al-Quran, menjaga hbungan baik sesama manusia, tp kesihatan kita pn kne jaga jugakkan???
Kalo tak, mcm mne kita nk lakukan semua ibadat itu, kalo badan kita sakit...

Kalo semua org ada kesedaran ini, insya'Allah kita dpt elak drpd semua penyakit2 itu... ^__^


Statement yg ketiga..

Biasa dgr x?? Berat tulang lah, gemok air lah, gemok angin laa..mcm2 gemok lg ada..
Jom buat wellness evaluation, bru tahu, anda tu berat apa..

Dalam Herbalife ni, tidak ada conclusion yg mengatakan seseorg itu, gemuk air...cuba kita buat timbangan % air...tgok2, jumlah kandungan air dlm bdn kita kurang.. So, dgn Herbalife ni, semua org boleh kuruskan badan dgn cara yg normal dan b'kesan..Yang penting, ada semangat motivasi yg tinggi utk melakukan perubahan...

Ingatttt...Herbalife ni bukan ubattt!!

Tapi, ia adalah program kesihatan di samping dapat mengurangkan berat badan yg b'lebihan..Di samping itu, ia juga merupakan program utk menaikkan berat badan bg yg terlampau kurus.. Ia juga merupakan sarapan pagi yg b'khasiat utk semua rakyat di Malaysia.

Semuanya menggunakan shake yg sama dan digunakan utk semua golongan rakyat, sama ada yg msih bayi, kanak2, remaja, org dewasa, ibu mengandung, org tua, org sakit...

" EVERYONE CAN SHAKE "


Oleh itu, jangan salah beri anggapan lagi ye... =)










0

Pemakanan Seimbang

Posted by am!era on 12:56 PM

Apa itu pemakanan seimbang??





Pemakanan seimbang adlh tabiat memilih makanan yg hendak dimakan b'tujuan utk memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian pd kadar yg betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkn berlakunya malnutrisi.


Nutrien-Nutrien yg diperlukan dalam badan kita

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan. Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.


Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.


Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.


Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.


Makanan seimbang ialah pemakanan untuk keperluan 'Form', 'Function' dan 'Fuel' dalam kadar yang sama. Namun begitu, kebanyakan makanan yg kita ambil dalam seharian adalah tidak seimbang, terlalu banyak 'Fuel' manakala kurang 'Function' dan 'Form'. Ini yang menyebabkan dewasa ini kita lebih mudah menjadi gemuk dan mudah juga dilanda masalah kesihatan. Pengambilan Herbalife akan memudahkan pengambilan pemakanan seimbang. Sebagai contoh Formula 1 diperbuat daripada protin soya dan ia mempunyai lebih 50 jenis vitamin, dan ia mempunyai karbohidrat tinggi serat, jadi ia mempunyai unsur Form, Function dan Fuel yang lengkap dan seimbang.


FORM (bentuk) - protein dan lemak

( sumber makanan yg merupkan asas pembinaan sel2 badan )

FUNCTION (fungsi) - vitamin, zat galian dan herba

( keperluan badan dr segi kesihatan, kecergasan, metabolisma, penuaan )

FUEL (tenaga) - karbohidarat ( membekalkn tnaga ke seluruh tubuh )


Jadi, jgn berfikir pnjg...berubahlah ke arah hidup yg lebih sihat... ^_^



~ nilai sebuah kesihatan dlm seharian ~

Yang mana 1 pilihan anda...kalori = 744 atau kalori = 180

renung-renungkan (",)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates