0

Jadual Pemakanan

Posted by am!era on 9:19 AM
Assalamualaikum...

Have a nice day to all my friends... ^__________^

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY????

Selama ni asyik dok citer pasal produk F1, F3 dan tea mix...Tapiiiiii.....

mcm mana cara nk mkn nya??
Berapa sudu??
Bila waktu perlu makan??
Berapa kali sehari??
Kalo lose weight mcm mne??
Kalo gain weight mcm mne??
Abis tu, kalo puasa, mcm mne plak nk mkn???

okey...jgn risau...sy akan jwb semua persoalan itu... =)


TURUN BERAT BADAN



BREAKFAST : Hydration (250ml air + 5ml Herbal Aloe)
Energy ( 400ml air (biasa/suam) + Tea Mix)
Nutrisi ( 250ml air + 2 sudu F1 + 1 sudu F3)

LUNCH : Makan nasi seperti biasa
(lebihkan karbohidrat + lebih protein dan fiber)

Dinner : Hydration (250ml air + 5ml Herbal Aloe)
Energy ( 400ml air (biasa/suam) + Tea Mix)
Nutrisi ( 250ml air + 2 sudu F1 + 1 sudu F3)

Shake 2 kali sehari...Pagi & Malam / Pagi & Tgh hari / Tgh Hari & Malam

AIR secukupnya, minimum 3L sehari..


NAIK BERAT BADAN





BREAKFAST : Hydration (250ml air + 5ml Herbal Aloe)
Energy ( 400ml air (biasa/suam) + Tea Mix)
Normal Meal + Nutrisi
a. sarapan (cth: 3 keping roti + 2 biji telur separuh masak)
b. Minum shake ( 250ml air + 2 sudu F1 + 1 sudu F3)

LUNCH : 1. Makan nasi seperti biasa
(cth: nasi + sayur + ikan/ayam)
2. Minum shake( 250ml air + 2 sudu F1 + 1 sudu F3)

Dinner : Hydration (250ml air + 5ml Herbal Aloe)
Energy ( 400ml air (biasa/suam) + Tea Mix)
Normal Meal + Nutrisi
a. Makan malam
b. Minum shake ( 250ml air + 2 sudu F1 + 1 sudu F3)


~ melegakan perut + tingkatkan penghadaman ~
~ anti-oksidan semula jadi ~
~ sesuai utk mereka yg mempunyai masalah sembelit ~


KETIKA BERPUASA




ATAU

BERBUKA : Makan hidangan spt biasa + air secukupnya

SLPS TERAWIH : minum shake

# shake memberikan rasa kenyang dan tenaga lebih lama, mudah utk kita melakukan ibadah puasa dan terawikh kerana kesan nutrisi yg lengkap akan memberikan tenaga yg lebih #

# Berat badan akan hilang paling banyak ketika bulan puasa #


Tea Mix diambil secukupnya pada bila2 masa, krn ia membekalkan tenaga dlm hidup seharian, menghilngkan toksin dlm badan dan yg paling seronok, mengelakkn ngantuk waktu dlm kelas...boleh tumpu sepenuhny lectrr ajar.. =)

AIR..AIR..AIR....
sangat3 lah penting...mcm mne nk turun berat badan, kalo air xckup dlm badn??
setiap 25kg berat badan = 1 liter air (kalo mnum lebih, lg baik)

cuba melatih diri utk minum air dgn bnyk...minum 2 teguk utk setiap 10 minit...
pasti bnyknye air yg anda minum pada hari tersebut.

badan kita memang perlukan bnyk air...jd minum..minum..dan minum lah...


INGATTTTT !!!!

Herbalife bukan UBAT...
Ia penuh dgn vitamin2, serat dan protein yg mmg sngt2 diperlukan dlm badan kita...

Pengambilannya dpt mengurangkn kalori melalui gantian makanan yg diperlukan dlm badan kita...Oleh itu, kalori yg dimakan dlm seharian, dpt dikurngkan dari apa yg tubuh mampu bakar..Hal yg demikian, tubuh kita akn sentiasa sihat, cergas dan cerdas...






~resepi yg boleh dipelbagaikan~



~ semuanya terletak di tangan anda ~

# Kalo ada apa2 kekeliruan, juz leave your mesej #
^_______^



0

Impian Besar

Posted by am!era on 9:07 AM
Waa...ada template baru...SEMANGAT pun baruuu ni.... ^___^

Nampak x banyak2 gambar kat TITLE blog ni....

Haaa....itu lah IMPIAN BESARRRRRR antara aku & dia.... (",)

IPHONE, KUNCI KERETA (of course la kne ada kereta sekali..*_* ), RUMAH & PERCUTIAN KE LUAR NEGARA ( waa..menara eiffel, Paris )

Insya'allah...satu hari nanti, semua ini pasti jadi kenyataan...aminnnn...NOTHING IS IMPOSSIBLE !!!!

Impian perlu BESARRR...barulah besarrrrnya semangat dan berganda-ganda usaha utk mendptkannya.....korang semua x teringin ke nak berimpian besar mcm ni???

Ini bukan sekadar hanya berimpian angan2 mat Jenin je tauu...tp serius punya semngat utk berusaha bg merealisasikan impian BESARRR ini... Nak tau??? Tanya lah sy bagaimana.... =))



~ kapal Cruise ~
# impian jgk ni... :D #

2

Salah Anggap???

Posted by am!era on 3:26 PM
Assalamualaikum.... =)

Apa yg salah anggap tu???

Korang semua pernah dgr x mngenai statement ini atau pernah bercerita mengenai hal2 ini????


1) " Aku ni dah memang dri genetik2 'big family', ada harapan ke nak kurus ni ??"


2) " Alaaa...makcik ngan pakcik ni mmg dh tua, mmg mcm2 penyakit yg wajib dtg, darah tggi, kncing mnis, gout, sakit lutut & mcm2 lgi...susah laa.. "


3) " Aku ni dh memang berat tulang laa...gemok air..gemok daging...dan mcm2 gemok lah.."


Okey, berbalik pd statement yg pertama td..kebarangkalian faktor genetik, mempengaruhi tubuh badan seseorg..kalau dah tubuh mak dan ayah dah gemuk, kemungkinan utk anknya turut gemuk adalah tinggi.

Tapi xkan xde solution utk org2 yg gemuk ni??

Sebenarnya, menurut kajian penyelidikan yg dibuat oleh di Amerika Syarikat, membuktikan bahawa, anak2 dri keturunan ibu bapa yg b'tubuh normal mempunyai 10% peluang utk mnjdi gemuk. Peluang itu akn meningkat 40-50% jika slh seorg drpd ibu bapa mengalami mslh berat badan. Peluang itu akn semakin meningkat sehingga 70 - 80 % jika kedua-dua ibu bapa menghidap obesiti...




Tapiiiii....jgn cpt beri anggapan yg salah t'hadap faktor keturunan..Sebenarnya, faktor pemakanan seharian turut mempengaruhi. Kalau dh tiap2 hari asyik makan fast food, mknn yg b'minyak..lama2 lemak tu t'kumpul la kat perut..tersumbat kat usus...kalo pemakanan xdijaga, mak ayah kurus camne pn, anknye tetap akn gemuk..




Katakan laa, ada sorang laki ni dari genetik fat family, tp dia selalu jge pemakanannya setiap hari, sentiasa melakukan senaman, mnum air kosong bnyk2...at least 2 liter sehari....agk2, dia boleh jd gemuk x???
Mesti x kan...bdn dia jd tuff lg ada la...betulll x?? Jadi, xde alasan lg ye, genetik gemuk mnjdkn anda semua jd gemuk....no..no..no..

Menurut NST pada tarikh 29/09/2006, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yg paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan??? Hal ini menyebabkan peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis kpd rakyat Malaysia...

Menurut Utusan Malaysia pula pd tarikh 24/02/2007, menyatakan bhw terdapat 10 Juta rakyat Malaysia mengalami mslh kegemukan b'punca drpd pengambilan mknn segera yg melampau......Tahun ni sudah 2012..5 tahun telah berlalu..adakah jumlah itu semakin meningkat atau semakin menurun...renung-renungkan lah...


Statement yg kedua..

Sudah mnjd kebiasaan rakyat Malaysia, apabila umur menjangkau 40++, mst at least setiap org ada 1 penyakit. Tidak kira la penyakit kencing manis ka, darah tiggi ka, kolestrol tinggi ka...atau apa2 saje penyakit...

Kenapa waktu mereka muda2 dahulu, mereka tidak memikirkan sebab atau akibat pada jgka masa panjang..Sebenarnya, penyakit2 ni, tidak mengenal usia, sama ada kanak2 mahu pun org dewasa..Sekarang ni pun, kita telah mendengar berita2 yg mengatakan ramai kanak2 sekarang menghidap penyakit kencing manis, obesiti..

Kita sbg org Islam, selalu diingatkn utk menjaga solat, membaca Al-Quran, menjaga hbungan baik sesama manusia, tp kesihatan kita pn kne jaga jugakkan???
Kalo tak, mcm mne kita nk lakukan semua ibadat itu, kalo badan kita sakit...

Kalo semua org ada kesedaran ini, insya'Allah kita dpt elak drpd semua penyakit2 itu... ^__^


Statement yg ketiga..

Biasa dgr x?? Berat tulang lah, gemok air lah, gemok angin laa..mcm2 gemok lg ada..
Jom buat wellness evaluation, bru tahu, anda tu berat apa..

Dalam Herbalife ni, tidak ada conclusion yg mengatakan seseorg itu, gemuk air...cuba kita buat timbangan % air...tgok2, jumlah kandungan air dlm bdn kita kurang.. So, dgn Herbalife ni, semua org boleh kuruskan badan dgn cara yg normal dan b'kesan..Yang penting, ada semangat motivasi yg tinggi utk melakukan perubahan...

Ingatttt...Herbalife ni bukan ubattt!!

Tapi, ia adalah program kesihatan di samping dapat mengurangkan berat badan yg b'lebihan..Di samping itu, ia juga merupakan program utk menaikkan berat badan bg yg terlampau kurus.. Ia juga merupakan sarapan pagi yg b'khasiat utk semua rakyat di Malaysia.

Semuanya menggunakan shake yg sama dan digunakan utk semua golongan rakyat, sama ada yg msih bayi, kanak2, remaja, org dewasa, ibu mengandung, org tua, org sakit...

" EVERYONE CAN SHAKE "


Oleh itu, jangan salah beri anggapan lagi ye... =)










0

Pemakanan Seimbang

Posted by am!era on 12:56 PM

Apa itu pemakanan seimbang??





Pemakanan seimbang adlh tabiat memilih makanan yg hendak dimakan b'tujuan utk memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian pd kadar yg betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkn berlakunya malnutrisi.


Nutrien-Nutrien yg diperlukan dalam badan kita

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan. Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.


Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.


Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.


Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.


Makanan seimbang ialah pemakanan untuk keperluan 'Form', 'Function' dan 'Fuel' dalam kadar yang sama. Namun begitu, kebanyakan makanan yg kita ambil dalam seharian adalah tidak seimbang, terlalu banyak 'Fuel' manakala kurang 'Function' dan 'Form'. Ini yang menyebabkan dewasa ini kita lebih mudah menjadi gemuk dan mudah juga dilanda masalah kesihatan. Pengambilan Herbalife akan memudahkan pengambilan pemakanan seimbang. Sebagai contoh Formula 1 diperbuat daripada protin soya dan ia mempunyai lebih 50 jenis vitamin, dan ia mempunyai karbohidrat tinggi serat, jadi ia mempunyai unsur Form, Function dan Fuel yang lengkap dan seimbang.


FORM (bentuk) - protein dan lemak

( sumber makanan yg merupkan asas pembinaan sel2 badan )

FUNCTION (fungsi) - vitamin, zat galian dan herba

( keperluan badan dr segi kesihatan, kecergasan, metabolisma, penuaan )

FUEL (tenaga) - karbohidarat ( membekalkn tnaga ke seluruh tubuh )


Jadi, jgn berfikir pnjg...berubahlah ke arah hidup yg lebih sihat... ^_^



~ nilai sebuah kesihatan dlm seharian ~

Yang mana 1 pilihan anda...kalori = 744 atau kalori = 180

renung-renungkan (",)


0

Lemak Visceral

Posted by am!era on 10:06 PM
Lemak visceral di sekeliling perut akan memberi tekanan kepada hati dan buah pinggang kerana ia dimampat oleh lemak2 di sekelilingnya. Oleh itu ia perlu bekerja lebih dan tidak dapat bekerja dgn optimum. Sesiapa yg perut boroi tu, mmg kena kecikkan perut tu dgn mengurangkan lemak visceral.

Macam mana nak kecilkan perut yang dah boroi tu ye???

Dengan mengurangkan pengambilan lemak trans fat, gula dan garam. Banyakkan pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, ikan, kekacang, telur. Kalau nak ambil supplement, cubalah Omega 3 Fish Oil.


0

METABOLISMA

Posted by am!era on 8:21 PM
Anda dah amalkan cara pemakanan yang paling sihat sekali dalam dunia, tetapi anda tetap rasa banyak bahagian badan yang masih mengelebeh, stamina tak sekuat mana, seluar lama masih lagi ketat terutama sekali pada bahagian perut, peha dan punggung.
Sebenarnya ada satu lagi masalah alam semulajadi yang agak menyedihkan kita. Iaitu kadar metabolisma badan kita akan menurun sebanyak 1 % setahun selepas mencapai umur 30 tahun. Metabolisma ini bermakna, kemampuan badan kita untuk membakar kalori dalam masa 24 jam.
Tetapi, sebenarnya ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan agar kadar metabolisma kita tidak turun dan cara ini juga boleh meningkatkan metabolisma.
Seorang pakar pemakanan ada menyebut bahawa, kadar metabolisma menjadi perlahan bukan hanya disebabkan umur kita. Ia juga berkait rapat dengan genetik, pemakanan dan aktiviti yang kita lakukan seharian.
5 perkara yang kita boleh buat untuk kita :

# mengelakkan kadar metabolisma kita turun #

# meningkatkan metabolisma untuk memastikan kita sentiasa slim!!! #

BINA OTOT
.





Memandangkan lemak dibakar dalam otot, kita nakkan serat otot sebanyak yang mungkin. Senaman angkat berat atau resistant training boleh meningkatkan jisim otot yang mana akan meningkatkan penggunaan kalori oleh badan walaupun semasa anda sedang berehat. Secara terus, tindakan ini akan meningkatkan metabolisma.
Ada satu lagi kebaikannya, apabila lemak sudah kurang dalam badan, darah bergerak dengan lebih baik dan anda akan ada tenaga yang lebih banyak. Lebih banyak tenaga bermakna kita tak perlukan makanan (sumber tenaga) dalam kuantiti yang banyak.
Jadi, jika anda masih belum mengamalkan angkat berat seperti dumbbells, chest press dan sebagainya, eloklah aktiviti senaman kita diselitkan dengan senaman angkat berat ni.



Makan, makan dan makan!

Badan kita perlukan makanan seperti juga sebuah kereta yang sentiasa perlukan minyak petrol atau diesel untuk bergerak. Pemakanan yang konsisten (berjadual), akan menstabilkan paras gula dalam darah dan dalam masa yang sama mengadakan satu keadaan dimana hormone dalam badan kita berada dalam keadaan yang seimbang. Hal ini dapat mengelakkan kita drpd menyimpan lemak, atau mengelakkan kita dari bertambahnya berat badan.

Antara langkah bijak ialah, makan sesuatu dalam masa sejam selepas kita bangun pagi. Maknanya, kalau kita bangun pukul 5.30 pagi, kita kena makan sesuatu sebelum jam 6.30 pagi untuk mulakan proses metabolisma dlm badan kita.
Kemudian kita terus makan dalam portion yang kecil 3 hingga 4 jam berselang sehinggalah hidangan terakhir kita iaitu 1 jam sebelum kita tidur.
Tapi ingat, makan dalam portion yang kecillah ya...




Pastikan terdapat PROTEIN dalam Setiap Hidangan


Protein mempunyai elemen utk meningkatkan kadar metabolisma berbanding lemak atau karbohidrat. Gigit, kunyah, telan dan pencernaan makanan memerlukan tenaga.

Keperluan tenaga ini digelar “thermic effect” dan ia boleh membakar sehingga 30% kalori yang terkandung dalam pinggan yang kita makan. Lebih kompleks makanan yang kita makan, maka lebih tinggi kalori yang akan dibakar apabila makanan ini melalui salur pencernaan kita.
Protein juga mengandungi “leucine” iaitu sejenis asid amino yang mengelakkan kita dari kehilangan jisim otot yang sedia ada terutama sekali apabila kita berdiet.
Strategi yang mudah untuk kita buat ialah seperti potong kecil-kecil tempe, rebus dan simpan dalam peti sejuk, bila lapar je kita makan sikit-sikit. Atau kalau suka, rebus telur ayam, bila lapar kita makan putihnya sahaja.

Bergerak.

Apabila lakukan senaman, pastikan 2-3 kali kita selitkan dengan pergerakan yang ekstrem. Contohnya, kita berjalan pantas selama 30 minit sehari dalam kadar 120 langkah seminit. Tetapi pada satu tahap, kita lari pecut selama 30 saat, kemudian berjalan pantas semula dengan 120 langkah seminit. Kemudian pecut lagi, kemudian berjalan pantas semula kemudian pecut lagi, dan lakukan perkara ini berulang-ulang.
Program seperti ini akan memberikan impak positif pada kadar metabolisma kita dan membuatkan badan kita membakar lemak atau kalori secara berterusan selama berjam-jam walaupun kita dah selesai senaman.






Banyakkan minum AIR

Kajian ada membuktikan bahawa, orang yang minum air sebanyak 8 – 12 cawan air (secawan sekitar 250ml) mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding orang yang hanya minum 4 cawan.
Jika anda nak hilangkan 3kg setahun, cuba minum setengah liter air kosong sebelum sarapan. Di Amerika, ada satu pusat teknologi mengesahkan bahawa, orang yang minum air kosong sebelum sarapan akan makan 75 kalori kurang berbanding orang yang tidak.



0

TULANG

Posted by am!era on 7:07 PM




Tahukah anda jika kita tak ambil sumber kalsium yg cukup, tubuh kita akan 'pinjam' kalsium daripada tulang. Ini akan menyebabkan penyakit osteoporosis atau sakit reput tulang. Pengambilan kalsium bukan terhad kepada susu sahaja, sayur berdaun hijau, brokoli, susu soya, tauhu, kacang panggang juga membekalkan kalsium. Kalsium juga memerlukan Vitamin A, D & K untuk membantu meningkatkan penyerapan. Akhir sekali senaman akan membantu menguatkan tulang kita. jd bersenam la slalu..
 DAN salah satu tuk menguatkan tulang ialah pengambilan teamix HERBALIFE
-Mengandungi lebih daripada 20 nutrien perlu dan antioksidan.
-Termasuk asid folik, kalsium, dan zat besi.
-Menyokong sistem imun.
-Meningkatkan kesihatan tulang, kulit, dan rambut.

0

HERBALIFE (Nutrition for ALL)

Posted by am!era on 5:41 PM
Assalamualaikum.. =)


Siapa pernah dgr apa itu

HERBALIFE??

cpt2 angkat tgn...hehe.. ^_^

ok, bg yg xpernah dgr, Herbalife ni adalah sejenis makanan nutrisi yg sngt3 b'khasiat untuk tubuh badan setiap manusia..1st time minum, rsenye mmg xdpt digambarkan...hanya org yg pernah minum saja dpt tahu kelainan minuman ini yg sngt2 b'khasiat drpd minuman2 khasiat yg lain.. ^_^


TAHUKAH ANDA ??




~produk Herbalife sngt sesuai utk semua peringkat umur b'bnding produk2 yg lain~

Tapi sebelum tu, knp perlu memilih Herbalife???

Kerana :

# penuh dgn nutrisi2 yg sngt3 diperlukan dlm bdn kita #

Untuk :

* mengekalkan berat badan *
* mengurangkan berat badan *
* menaikkn berat badan *
*mengubah kehidupan seseorg drpd sakit kpd kehidupan yg lebih sihat*


Produk2 yg utama dlm Herbalife..

F1

Dalam badan kita sbnrnya mem'lukan 7 jnis vitamin iaitu Vitamin A, B2, B5, C, D, E &K..
Apabila diteliti, rupa2 nya semua vitamin itu t'dpt dlm produk Herbalife F1, vitamin A, C, D, B6, B12, malah t'dpt tmbahan vitamin2 yg lain iaitu, Biotin (Vitamin H), Panthothenic Acid (Vitamin B5), Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin (Vitamin B3), Folate (Vitamin B9) & Soy oil (Vitamin E). Vitamin K pula hasil drpd pemakann harian iaitu sayur-sayuran hijau.



Terdapat 5 perisa F1 :
DUTCH CHOCOLATE, STRAWBERRY, TROPICAL FRUIT, CAPPUCINO, FRENCH VANILA

( pilih perisa kegemaran anda ^_^ )
(= nk ambil semua perisa pn boleh juga, arini lain, esok perisa lain..kan.. =)

Untuk sesiapa yg nk kuruskn bdn, shake ni dh menggntikan 2 meal setiap hari iaitu sarapn pagi & mkn mlm. Makn nasi sekali sehari pn dh ckup.. =)

Shake ni kurng kalori, jgn risau xde side effect kalo minum shake ni..org mngandung pn sngt2 sesuai mnum shake ni smpai la diaorg dh b'salin, mnyusukn ank, org2 tua, org2 sakit spt darah tinggi, kencing manis, gout & sbgainya, sngt2 lah sesuai mnum shake ni..

Hanya perlu msukkn air kosong/mineral + F1 + F3 (kalo ada), then kocak2 dlam shaker cup tu..pastu minum..mudahkan...semudah 1 2 3... =)



~ Amalina Peter (ibu mengandung, sebelum dan selepas bersalin)~
tiada berlakunya masalah kegemukan



~berat badan berkurang~





~ berat badan berkurang ~



Sebelum : Migrain, alahan mknn laut, skit lutut krn lebih berat badan

Sekarang : Tiada lg migrain & alahan mknn laut, bdn lebih reshape & rse lebih b'tenaga








~ Lose 62 kg in 11 months ~



~ Doktor juga mengamalkan nutrisi ini ~




~ berat badan bertambah ~




~ juga mengurangkan kesan2 jerawat pd muka ~






Sebelum : Gastrik yg teruk, migrain, senggugut, mslh kulit

Selepas : Hilang 4 kg (2 minggu) dan semua mslh hilang ^__^


TEA MIX




~ terdapat 2 perisa utk dijadikn pilihan : Perisa Lemon (50g dan 100g) , Perisa Peach (100g) ~

Kenapa perlunya ambil minuman tea ni???

Jawapannya krn ia memberi tenaga dlm badan. Sesuai la kalo nk drive kereta lame2 or nk stay up utk study bg para pljr...Jgn risau, xde side effect yg memudaratkn, just kene kerap pergi tnds je..kdg2 ada org yg extra b'peluh bila mnum tea ni..that's all.. =)

Tea ni sngt2 sesuai t'utama bg mereka yg malas nak b'senam. Selama ni, lemak keluar ikut peluh sikit2, xpun melalui air kecil or air besr..So, cara lain nk bg lemak2 degil tu keluar & t'bakar adlh dgn minum tea ni & b'sedia ke tndas selalu..

Tea ni utk 1 serving adlh mcm exercise 20 - 30 mnit..So, bg sesiapa yg mls nk b'senam tu, mnum la tea ni bnyk2 dan lemak2 pn akn cepat turun... ^__^




F3

~
membantu mengurngkan berat bdn dgn cepat ~

~ meningkatkn kadar metabolisme dlm badan ~

~ membina otot ~

~ membentuk kembali bentuk badan ~

# minuman ini diambil sekali dgn produk F1 #





~ produk lengkap Herbalife ~





~ minuman2 b'khasiat (",) ~




~ masalah perut buncitt?? ~
( boleh juga diselesaikan )



~ alhamdulillah, penderitaan beliau berkurang ~


Jadi, apa tggu lagi....moh kite menukar cara hidup kita ke arah yg lebih sihat ^_^



# ALLAH tidak akn mengubah nasib seseorg itu melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri #


untuk keterangan dgn lebih lanjut, just add di
muka buku or tweet je, pd email
^__^ ( mirah_899@yahoo.com.my ) ^__^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates