0

Pemakanan Seimbang

Posted by am!era on 12:56 PM

Apa itu pemakanan seimbang??





Pemakanan seimbang adlh tabiat memilih makanan yg hendak dimakan b'tujuan utk memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian pd kadar yg betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkn berlakunya malnutrisi.


Nutrien-Nutrien yg diperlukan dalam badan kita

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan. Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.


Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.


Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.


Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.


Makanan seimbang ialah pemakanan untuk keperluan 'Form', 'Function' dan 'Fuel' dalam kadar yang sama. Namun begitu, kebanyakan makanan yg kita ambil dalam seharian adalah tidak seimbang, terlalu banyak 'Fuel' manakala kurang 'Function' dan 'Form'. Ini yang menyebabkan dewasa ini kita lebih mudah menjadi gemuk dan mudah juga dilanda masalah kesihatan. Pengambilan Herbalife akan memudahkan pengambilan pemakanan seimbang. Sebagai contoh Formula 1 diperbuat daripada protin soya dan ia mempunyai lebih 50 jenis vitamin, dan ia mempunyai karbohidrat tinggi serat, jadi ia mempunyai unsur Form, Function dan Fuel yang lengkap dan seimbang.


FORM (bentuk) - protein dan lemak

( sumber makanan yg merupkan asas pembinaan sel2 badan )

FUNCTION (fungsi) - vitamin, zat galian dan herba

( keperluan badan dr segi kesihatan, kecergasan, metabolisma, penuaan )

FUEL (tenaga) - karbohidarat ( membekalkn tnaga ke seluruh tubuh )


Jadi, jgn berfikir pnjg...berubahlah ke arah hidup yg lebih sihat... ^_^



~ nilai sebuah kesihatan dlm seharian ~

Yang mana 1 pilihan anda...kalori = 744 atau kalori = 180

renung-renungkan (",)


0 Comments


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates